mRs RaIn

anneong!!!
bella nimida...
im also known as "mrs rain"
this is because...im rain's wife..:)
rain is my everything..my heart,soul and spirit..
his song,acting,character..always in my heart..
im kpop addicted!!!
im crazy about kpop world!
kpop are everything to me!!

I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 20, 2011

“MY GIRL"


WATAK:

YOON EUN HYE SEBAGAI HAN JI EN

JUNG YUNHO SEBAGAI YUNHO

XIAH JUNSU SEBAGAI XIAH

MICKY YOOCHUN SEBAGAI MICKY

Han Ji En sedang menuruni anak tangga menuju ke cafeteria setelah kuliahnya selesai. Ketika Han Ji En menuruni anak tangga,dia terserempak dengan seorang pemuda yang tidak sengaja melanggarnya sehingga menyebabkan kesemua buku berserta kertas-kertasnya bertaburan di lantai.Lelaki yang mempunyai rupa paras yang tampan serta amat manis di pandang meminta maaf kepada Ji En atas kekhilafannya itu.Terdapat parut pendek di tepi matanya kesan dari kemalangan jalan raya yang dialaminya tiga hari yang lalu.

Selepas kejadian itu,Ji En telah jatuh hati pandang pertama terhadap lelaki tampan itu.Setiap perbuatan Ji En di bayangi wajah lelaki itu.Melalui inisiatif Ji En sendiri, dia telah berjaya mengetahui siapakah lelaki yang berjaya menakluki hatinya itu.Lelaki yang selama ini menghantui Han Ji En ialah Jung Yunho iaitu dia merupakan senior kepada Han ji En.

***********************************************************

“Kring!kring!kring!”kedengaran telefon bimbit Ji En berbunyi tidak henti pada malamnya.Ji En dengan pantas menjawab panggilan itu dengan harapan panggilan itu dari Yunho.Dengan lembut Ji En berkata”hello,siapa bercakap?”.”Ini Yunho,orang yang berlanggar dengan awak siang tadi sewaktu awak menuruni anak tangga universiti menuju ke cafeteria.”Jawab Yunho dengan tenang untuk meyakinkan Ji En bahawa dia ikhlas untuk berkawan dengannya.”Saya amat tertarik dengan lirikan mata awak buat kali pertama,serta perwatakan awak yang sangat memukau pandangan mata saya”Kata Yunho kepada Ji En dengan hati setulus hatinya.Dengan malu,tersipu-sipu Ji En menjawab”Apa yang awak cuba hendak katakan pada saya?Saya tak fahamlah.Boleh awak berterus-terang tak?”Jelas Ji En kepada Yunho.

“Sebenarnya,saya hendak mengajak awak keluar makan dengan saya esok,selepas waktu kelas di kafe.”Jelas Yunho tentang hajatnya yang sebenar menghubungi Han Ji En.

Keesokkan harinya di kafe…..

“Lawanya kawan kau Yunho!,tak pernah pun kau kenalkan pada kami?.”Kata salah seorang teman Yunho iaitu Micky.”Marilah duduk disebelah saya”Pelawa Xiah iaitu teman yang paling rapat dengan Yunho.Ji En dengan selambanya menyambut pelawaan Xiah dengan duduk disebelahnya sedangkan disebelah Yunho terdapat tempat kosong yang sengaja dikosongkan untuk Ji En.Yunho tersentap atas kelakuan Ji En itu .Sepanjang mereka berada di situ,Yunho sama sekali tidak mempunyai peluang untuk bercakap mahupun bertanya kabar pada Ji En kerana Ji En rancak bersembang bersama Xiah.Setiap kali Yunho mendapat peluang untuk bercakap dengan Ji En,Xiah sering sahaja mengalihkan perhatian Ji En daripada rapat dengan Yunho sedangkan dia tahu bahawa Yunho menyukai Ji En.Yunho meminta dir seketika untuk pergi ke tandas.Melihat pemergian Yunho itu,Xiah turut menyusul Yunho ke tandas untuk meminta satu kepastian dari Yunho.

Di dalam tandas…

“Kau pun ke tandas?”Tanya Yunho kehairanan kerana sebelum dia ke tandas,Xiah terlebih dahulu ke tandas.”Aku sukakan Ji En!”Tegas Xiah kepada Yunho.”A…ppa…”Yunho seperti tidak mampu berkata-kata dan tubuh badannya sekelip mata tidak bermaya dan bertenaga.”Aku tahu ini seperti tidak masuk akal kerana aku baru sahaja berjumpa dan berkenalan dengan Ji En,tapi takkan kau tak perasan sesuatu?”Soal Xiah kepada Yunho.”Apa dia Xiah?”Soal Yunho kembali kerana tidak faham akan apa yang cuba di sampaikan oleh Xiah itu.”Mukanya..amat seiras dengan arwah ibuku.Kau tahukan aku kehilangan ibuku sejak aku dilahirkan lagi.Hanya gambarnya sahaja yang mampu aku jadikan memori selam aku masih bernyawa”.Terang Xiah.”Kau jangan cakap macam tu.Kau dan aku seperti adik beradik.Kita membesar bersama-sama.Aku janji akan tolong kau pikat Ji En”.Balas Yunho.”Betul kea pa yang kau cakap Yunho?”Tanya Xiah.”Betullah,demi kau aku sanggup lakukan apa sahaja.Aku sayang kau Xiah.”Kata Yunho kepada Xiah sambil memeluk Xiah untuk meyakinkannya bahawa Yunho akan membantunya memikat Han Ji En walaupun jauh di lubuk hati Yunho terluka kerana terpaksa mengorbankan cintanya demi Xiah dan dalam masa yang sama juga Xiah telahpun mengetahui bahawa Yunho turut mencintai Han Ji En.

Di dalam bilik Yunho…..

Yunho kelihatan amat gelisah kerana dia sendir tidak tahu bagaimana hendak membantu Xiah untuk memikat Ji En.Sewaktu dia lagi memikirkan cara untuk merapatkan Xiah dan Ji En,tiba-tiba telefon bimbit Yunho berbunyi dan ternyata ia panggilan dari Ji En.Yunho berbisik sendirian”Apakah yang hendak Ji En katakan pada aku malam-malam buta ni”.Tidak lama kemudian Ji En menghantar sms kepada Yunho.”Yun,esok kita jumpa di tempat biasa.Aku hendak katakana sesuatu pada kau.Jumpa lepas kelas.Aku tunggu kau”.

Keesokkan harinya….

Sejurus kelas terakhir Yunho tamat,dia segera berjumpa Xiah untuk memberitahu bahawa Ji En menunggunya di taman tasik berdekatan dengan Universitinya.Setelah mendengar khabar baik dari Yunho itu,Xiah segera bergegas ke taman itu untuk bertemu dengan Ji En.

Di taman tasik…

Xiah yang tidak pernah berlari kelihatan amat penat dan tidak bermaya setelah dia berlari dari universitinya ke taman tasik untuk bertemu Ji En.Setelah dia melihat Ji En sedang menunggu seseorang di tepi tasik,dia berjalan perlahan-lahan tanpa di sedari oleh Ji En dengan bertujuan untuk member kejutan pada Ji En.Tanpa di sedari Ji En akan kehadiran Xiah itu,dia meluahkan isi hatinya sendirian dengan harapan dia mampu berhadapan dengan Yunho sewaaktu meluahkan isi hatinya itu.”Yunho..kenapa kau hadir dalam hidupku tanpa ku sedari.Aku tidak mengerti perasaan apakah yang sedang aku alami kini tetapi aku yakin bahawa kau juga mengalaminya.Paling penting kini aku mahu bersama kau dan menjalani kehidupan ini bersama-sama kau”.Langkah Xiah terhenti tatkala mendengar rintihan Ji En .Dia merasakan dirinya amat kejam terhadap teman baiknya sendiri yang telah di anggap sebagai saudara kandungnya berserta wanita yang di cintai.Setelah menyedari akan kehadiran seseorang,Ji En menoleh ke belakang dengan harapan bahawa orang itu adalah Yunho.Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa orang itu bukanlah Yunho tetapi Xiah.”Xiah…bagaiman kau boleh ada di sini?”Tanya Ji En kepada Xiah.”Yunho yang menyuruh aku ke sini”.Balas Xiah.”Yunho,suruh kau ke mari?Tapi di mana dia?”Tanya Ji En memohon suatu kepastian.”Aku sudah kejam terhadap saudaraku sendiri.Walupun aku mencintai kau,aku tidak patut membiarkan Yunho mengorbankan cintanya terhadap kau Ji En”.Kata Xiah kepada Ji En sambil menyesali perbuatannya terhadap Yunho.”Yunho cinta aku?”Tanya Ji En lagi memohon penjelasan.”Ya Ji En,selama ini Yunho telah memendam rasa cintanya terhadap kau dan aku mengetahuinya sewaktu memohon dia menjodohkan kita berdua.Aku tahu perbuatan aku ini tidak wajar tetapi aku tidak menyangka bahawa Yunho sanggup menggorbankan kebahagiannya demi aku”.Jawab Xiah dengan nada sedih sambil menitisakan air mata.”Mana Yunho sekarang!beritahu aku!”Desak Ji En kepada Xiah.”Yunho kini sudah pun berada di lapangan terbang.Dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara.Dia akan berlepas dalam masa satu jama lagi”.Jawab Xiah.Mereka berdua seperti tidak mempunyai hala tuju seketika kerana kedua-duanya seperti terkena sesuatu yang amat berat dan pahit untuk mereka tanggung serta di telan.Seketika kemuddian,Xiah menarik Ji en masuk ke dalam keretanya dan menuju ke lapangan terbang.”Kita nak kemana ni?”Tanya Ji En kesedihan.”Lapangan terbang”Jawab Xiah dengan ringkas.

Sesampainya di lapangan terbang..

Sebaik Xiah memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk lapangan,Ji En terus melangkah keluar dari kereta dan meuru masuk ke dalam untuk mencari Yunho.Ji En mencari Yunho dengan harapan dia dapat berjumpa dengan Yunho sebelum dia berlepas demi meluahkan isi hatinya terhadap Yunho.Akhirnya,Ji En ternampak Yunho sedang menunggu giliran pelepasan masuk ke dalam pesawat lalu berlari meluru kepada Yunho dan menerkam di belakangnya.”Yun…jangan tinggalkan aku..Aku sayangkan kau..Aku cintakan kau.”Yunho mengalirkan airmatanya kerana terharu akan kenyataan jujur dari Ji En.Dia meleraikan dakapan Ji En dan menoleh ke belakang.Dia mengusap airmata Ji En dan memeluknya dengan erat.Xiah yang menyaksikan turut bergembira untuk Yunho walaupun dia bersedih kerana kehilangan cinta yang baru mahu dia miliki.Xiah member sokongan dari jauh kepada Yunho dan Yunho menerimanya dengan gembira.Dia turut berterima kasih kepada Xiah.

No comments:

Post a Comment